Daisypath Wedding tickers

Monday, May 04, 2009

Bertemu Bakal Mertua??

untuk mereka yg sudah berpasangan n bakal bertemu bakal mak mertua.Ape perasaan u all bila 1st time nk jumpa bakal mertua??cuak? berdebar2? seremm??
Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?..hehehe.. pastikan u all mesti melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua okeh...Mari kita berkongsi sedikit

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua ) mengalu-alukan kedatangan u all.

Berbanding, jika u all datang ke rumah bakal mertua , pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan tu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih semata-mata. better x yah jumpa. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih u all adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan u all dengan parents.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... ada yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor".. fuh.. silap-silap kena reject pula nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan.normally blue calour sgt sesuai. Rasanye kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian kn??

Saya tahu.. mungkin kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa u all adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua melihat all. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka tu nanti
.


Tips #3 : Topik perbincangan

Topik perbualan pon bley jd masalah gak. maklumlah, orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika u all semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?.

Jika u all adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua nanti.. pastikan, sebelum datang ke rumah kekasih u all. Tanya kepada sang kekasih terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih .

Dari situ.. maka.. bolehlah buat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih u all tu .

perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang nk dbualkan nanti.. pastikan u all bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika datang ke rumah bakal mertua , tunjukanlah sedikit kerajinan . Mungkin u all boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan u all sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua ). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? boleh cuba... ;-P

Sumber Asal:
Mohd Suhaimy Abu Bakar
www.maskahwin.com

0 flowers:

Post a Comment

rajin2 la bg komen lg eh..

Daisypath Anniversary tickers
 

[F][o][L][L][o][W][E][R][S}