Tuesday, March 03, 2009

D0sa kuku panjang dan cincin

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku
panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian
dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk
beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya
mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi
makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan
makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima
masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang
inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat
Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan
pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah.
Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata
pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku
panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis
manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita
mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk
kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw.
kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali
iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan JANGAN memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi
Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan
jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah
iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

0 flowers:

Post a Comment

rajin2 la bg komen lg eh..

 

[F][o][L][L][o][W][E][R][S}