Daisypath Wedding tickers

Saturday, May 16, 2009

Another award for me :)

[neezareef.png]





Award ni datang dari Miss Izaryda yasin. Thank darlink :)
Beautiful kah diriku ini? hehehe

Syarat-syarat sah jual-beli award ini..
  • Pastikan jantina anda ialah perempuan
Of coz saya seorang perempuan :)
  • Copy badge sebagai award anda
Da copy pun.excited sungguh. Badge ini terlalu comel..I LOVE IT!! muahahaha
  • Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi seorang perempuan
  1. Name perempuan mostly lebih indah dari lelaki..
  2. Airmata wanita adalah senjata..boleh menangis 2-3 kali sehari tapi x pelik. we are a gurl rite? :)
  3. Boleh pakai colour yg macam2...sentiasa nampak cantik kn??
  4. Kalo tayar kereta pancit kat jalan, just kuar keta then buat2 cam tgk tayar, x sampai seminit pasti ada pemandu lelaki yg memberhentikan kereta utk membantu :P
  5. Boleh soping berjam2 tanpa dimarahi oleh si dia ..coz sedia maklum.." org pompuan kuat habiskan duit " :(
  6. Byk fesyen untuk perempuan. kalo kat soping complex, women department lebih besar dr men department kan? :) sukenye!!!
  • Passkan award ini kepada girlfriends anda
.:. Cik Epa .:.
.:. Cik Rohaiza .:.
.:. Cik Kala .:.
.:. ProfKusut .:.
.:. Cik Ayu.:.


Kalo bagi kat semua follower saya semua boleh x? coz mereka semua BEAUTIFUL...:)
Ok..sila ambil award ini eh. ..:)

Terima Kasih Cikgu!!

Selamat Hari Guru kepADA semua guru di Malaysia
Pada tahun ini, sambutan Hari Guru bertemakan
" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Selepas 5 tahun tinggalkan sekolah, rasa rindu plak detik2 sambutan Hari Guru time kat sekolah dulu
Normally dari pagi sampai abes sessi persekolah, byk aktiviti yg dijalankan
Best!!
Lebih2 lagi time cikgu2 semua menyanyi lagu Guru Malaysia
Bear plak yg excited sampai meremang2 :P
Herm...
Bila bercerita tentang guru
mengimbau kenangan Bear time Bear form 4
Detik tu sgt bererti pada Bear
That moment baru masuk sekolah teknik
malas belajar punye pasal
my 1st test for Modern Math failed
my math teacher named Puan Manisah
aiyo..so malu nk citer
But nevermind, i want to share it..
My 1st test dpt 14/100
GAGAL tu woo..
dlm 1 kelas tu, only 2 org yg failed
Bear the only gurl
malu..malu..
Puan manisah sound baik punye kat Bear
actually... lebih kpd advise
then kena berdiri atas kerusi sampai abes waktu
semua student lain yg lalu lalang dok pandang2..
time tu rasa nk nangis
terdetik kat hati
"ApESAL LA AKU MALAS SGT"
Abes claz,Puan Manisah tu keluar, then Bear trus kejar dia
I said saya x nak jadi budak bodoh. saya akan buktikan kat cikgu
saya bukan seperti ape yg cikgu ckp
Start dr aritu, Bear usaha sungguh2
Waktu rehat je, Bear mesti jumpa Puan Manisah
tanye pasal math, i do more exercise
Sampai la nk SPM
After result keluar, Bear Jumpa dia..
Showed her my result
Dia pandang Bear then give me a hug
dia kata dia bangga dgn Bear
of coz la...Bear scored A2 for Modern math
Sampai skrg, Bear x kan pernah lupa jasa dia
Kalo dia x underestimate me, blom tentu Bear akan melangkah sejauh ini
I start from Zero to be Hero :P
Terima Kasih Cikgu!!




Friday, May 15, 2009

Betol ke???

Salam semua...
SAYA hanya sekadar ingin mendapatkan kepastian saje eh...

Dgr cerita OLD TOWN WHITE COFFEE actually non-halal
Coz ada certain product mereke, the ingrediant is PORK
Eventhough they have logo halal from JAKIM
But halal on certain product only such as on a beverages
Then i terkedu..x tahu nk cakap ape
coz i baru je mkn kat OLD TOWN tu
huhu

Pastu TGI's FRIDAY
According to my sis, lect dia pernah jadi manager kat salah satu branch TGI ni
Tgi mmg tersangat la sedapnyee
Y sgt sedap?
Coz they put liquor in their food
But most of our muslims did not know about this

Ini hanye ape yg BEar dapat tahu
Mintak maaf kalo Bear tersalah info...
Any comment?

Wednesday, May 13, 2009

Memperingati Peristiwa Berdarah 13 Mei

Salam semua..

Pagi td time breakfast dgn my mum, my mum say something to me
Mummy tanye hari ni berape hari bulan
Bear jawab 13 Mei
Then mummy pandang Bear dgn pandangan yg penuh makna
Bear pandang mummy lik, then...


Ho...today 13 Mei..Peristiwa berdarah 13 mei 1969
Herm..x tahu la samada masih ingatkah lagi org melayu kita akan tarikh berdarah tu
Ingat ke x?
Tapi bila tgk keadaan politik skrg, selepas 40 tahun rasanye ramai Melayu yg seolah2 x mengambil iktibar 13 Mei tu skrg
herm..x bley ckp byk, nt kena tahan under Akta ISA la pulok
so today Bear nk refresh balik ingatan kita semua on what happened on 13 Mei



Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Isu perkauman dalam pilihan raya 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

Pembangkang meraikan kemenangan

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Rumah Menteri Besar Selangor

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. [perlu petikan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Rejimen Renjer

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Askar Melayu

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Panggung Odeon

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan "politik" dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.

Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.

Persepsi negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini negara komunis. Selain itu, selepas kekalahan Jepun, MPAJA bermaharaja lela selama dua minggu dengan memerintah secara kuku besi dan ramai orang melayu dibunuh.


Angka korban

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei. [1]

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:

  • Melayu : 86 orang
  • Cina : 342 orang
  • Lain-lain : 3 orang

Wahai org melayu, renungkan kembali...


http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_MeiSumber :

Tuesday, May 12, 2009

MAsuk Meminang da ke??


YEa...saya sudah dipinang

uik?hehe...

ini bukan entry tentang pinang meminang yea

Tapi sebenarnye tentang rahsia hadiah dari si dia la...:P

mari kita share bersama ek

Oh..ku plagiat dr blog org lain


JAM TANGAN... ... ... Tanda diingati setiap masa dan waktu.
CINCIN... ... ... ... .Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG... ... ... ... .Tanda mesra
RANTAI LEHER ... ... .Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG... ... ... ... .Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT... ... ... ... ..Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN... ... .Semoga kasih berkekalan dan dekatselalu.
PAYUNG... ... ... ... .Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI... ... .Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR... ..Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU... ... ... ... ... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA... ... ... ... ... Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ... ... .. semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN ... ... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN... ... ... tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


HANDPHONE... tandanya... . kau jangan lari dariku!!!!... ... .aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup... .. :-P

HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG... ... tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!


hadiah mane yg u all pernah dpt..:-)

Bon Appetite

Last Sunday i went to Aeon Bukit Tinggi with my cayang
Saje jalan2 cri pasal
ops!!! Cari mkn la...
:-P




Yes!!Yes! Black Canyon...



Muka tnggu makanan to be served





This is my first time p Black Canyon
So i decided to try coffee black canyon ice coffee while my cayang plak blueberry delight
NIce...n Sodap




our beverages



Chicken Soup n Fussili with chicken ham sauce

Makanan kat sini mmg sedap2 belaka
Service pun tip top
so i dont hesitated to pay 10% for the service charge
Last but not least...





Fruity pinky ice cream

This is the desert i've tried
tersangat la nyum2...hehe
So let's try mkn kat sini..
Sure puas hati :)


Friday, May 08, 2009

Selamat pagi Malaysia....

salam...

lama x update blog
jari jemariku sudah gatal mau menari2 di keyboard :-P
Pagi ni Bear breakfast di Bandar Lama Kopi Putih
huh??
Old Town White Coffee La...egagaga
Saje nk try breakfast bru kat sini
ada org belanja..that y la Bear rajin p
TQ adikku..len kali belanja lg eh :-)



Muka bangga belanja Bear mkn..


Bear order Breakfast set V79
Toast bread + poached eggs..
with my fav drink, cold white coffee..



Sarapan pagiku...




Wednesday, May 06, 2009

Let's eat........

CAKE


Perempuan n cake mmg x dpt dipisahkan.
Sedap kan mkn cake? :-)
nyum2...
let's take cake personality test


Kalau u all beli cake, what type of cake u r desire??

* Angel food
* Brownies
* Lemon Meringue
* Vanilla with Chocolate Icing
* Strawberry Cheese Cake
* Chocolate on Chocolate
* Ice Cream
* Carrot Cake


OK - da buat pilihan ka? kt bwh ni ada research tentang cake kesukaan u all..NO... . you can't change your mind once you scroll down! So think carefully, what your choice will be!!!


No peeking until you choose!!!

Scroll down . . . . . . . .. . . . . . . ... ... .. . . . .







View Image


* Angel food ... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy
items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being child-like and immature at times.




http://www.backofthebox.com/recipes/images/oatmeal-brownies.jpg

* Brownies
. You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.





View Image

* Lemon Meringue
... Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.





View Image


* Vanilla with Chocolate Icing ... Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life, very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad, however, you are a friend for life.





STRAWBERRY CHEESECAKE by cheesecake diva.


* Strawberry Cheese Cake... Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.



http://www.blogcdn.com/www.slashfood.com/media/2005/09/chocolate%20cake2.jpg


* Chocolate on Chocolate ... Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.


http://www.promolux.com/english/images/ice_cream_cake1.jpg


* Ice Cream... You like sports, whether it is baseball, football,
basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.



http://www.adamssuperfood.com/data/frontpage/carrot-cake.jpg


* Carrot Cake
... You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

Tuesday, May 05, 2009

wanita OH wanita

Woman shoes of four different colors isolated on white by clenoros.




wanita selalu suka bagi ayat yg x direct..setuju x?
Suka sgt la bg ayat yg berbunga2 smpai kadang2 kaum Adam x paham
ape la yg wanita nk sampaikan sebenarnya
Kat sini Bear nk share tentang ayat tersirat kaum Hawa :-)
Bear plagiat dr seseorang..hehe


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu? ( cemburu ni..hehe)


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni! ( aihh.Buat x reti plak Laki ni)


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I. ( x paham2 ke? :-P)


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala i darling.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek
. ( suamiku sungguh Mithali ...)


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la... Rasa macam nak jadi awek you je.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


haa...tu la ayat tersirat wanita lazimnya
ada mcm terkena kat batang idung sendiri x?
kadang kala bg ayat tersirat pon ada kebaikannye
menjaga perhubungan itu
n menjaga hati pasangan yg dicintai
xkan nk sound direct je kan...bunga2 pon..sendiri mau ingat la cik abg eh


renung2 kan dan selamat beramal..:-)





Saya mahu pulang




Thesis oh thesis
bila mau settle?
penat sudah
hari ini sibuk menyiapkan correction draft for my thesis
Encik thesis supervisor ku yg memerintahkan daku buat yg baru
oh..sungguh KECIWA
sampai hatimu Encik Thesis sipervisor
Tapi tidak mengapa..akan ku gagahi jua
lagipon esok mau dihantar
Oh...dlm kepenatan ku buat thesisku
hati meronta2 mau pulang ke kampung halaman tercinta
I MISS u Mummy.. :-(





Mcm ne la x meronta2..
jealous tgk student lain balik
Encik Amar..cepat2 la jemput ku pulang ke rumah bonda




Saje je bakar line...


Bear pon nak balik..nak balik.. :-(


waktu nk print out thesis..bley la plak ink printer abes
Aduh...mane nk cari??


tgk la..kedai computer tutup plak




ada lagi kerja yg nk kena buat


Thesis Logbook...


Mlm ini byk perkara nk kena buat..
Malam masih pnjang








Ku menang award??

oh...terima kasih kpd Cik Epa yg memberikan award ini
muahahaha...
Rock ke blog ku ini?? oh no...layan je la..:-P




Rules for these brilliant award:
1. copy paste the award at your blog once you got it
2. make an entry if this is like a GRAMMY award =P
3. tag 6 other blogger
4. never break the chain please...(optional)


next the award is for:

incik bond, Puan Shykin, incik Qit, Cik @yu n to all my listed blog... :-)

mari pelok ..




snow day. by kelsey_lange.



BANTAL
...:-P


Jom kenali personaliti berdasarkan u all

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.
( uik?? cmne kena kat diriku saje ;-D )


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan.
Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
Mereka jarang membuat keputusan sendiri,
sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan
boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik.
Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal
ciannye... gi le kedai beli satu..


x pon meh Bear bg 1..amek la..

TADAA.....



View Image
Daisypath Anniversary tickers
 

[F][o][L][L][o][W][E][R][S}